Assalamualaikum wbt
Dah lama create Blog nie, akhirnya berjaya jugak cari semangat untuk menulis. kalau ada segala keburukan dan kesilapan, harap dimaafkan dan akan saya perbaiki dari semasa ke semasa.
Mohon diberi peluang dan komen positif ye kawan-kawan
Sekarang ni musim COVID-19, esok ATM dah start support PDRM untuk kawal rakyat malaysia. Semoga dipermudahkan segala urusan mereka termasuk pihak dan staff Hospital. Hari ni aku dah pergi beli barang-barang dapur, standby sesiap kot nanti susah dah nak keluar membeli barang, tambahan lagi kes COVID-19 yang Positif makin meningkat dari hari ke hari. Allahu seram duk memikirkan hal ni.
----

Alahai, bila si pemalas mula nak gatal tangan tulis blog sendiri. Sekerat jalan je buatnya
Karangan atas tu dengan yang nie, beza 2 minggu sudaa 😂
Okeyla, disebabkan musim PKP nie orang ramai pakat Test Masakan memasing, so saya nak share resepi kuih jelaa.
Kot laa bermanfaat buat korang nanti masuk Ramadhan nie, kannnn? Insyaa allah
So nie RESEPI KUIH BUTIR NANGKA (KELANTAN)
Untuk Kuah
Halia ½ inci (hiris)
Bawang merah 2 ulas (hiris)
Sedikit halba
Santan ½ kg
1 sb tepung beras
Gula (ikut rasa)
Sedikit garam
Sedikit air (jika santan terlalu pekat)
1. Campak semua dan buka api
Tunggu sehingga mendidih dan kuah menjadi pekat sedikit.
Tutup api dan kacau sehingga kuah suam untuk elak ia berketul
-------------------
Inti kacang merah/kacang hijau
1. Rebus kacang sehingga lembut
Then baru tambah garam dan gula (ikut rasa)
2. Tunggu sehingga kering dan lembut, lepas tu tutup api
3. Tunggu inti sejuk
---------------
Kulit
1. Tepung beras (korang agak-agak je nak buat banyak mana, saya hanya buat 1 mangkuk sederhana saja)
2. Secubit kapur (kacau dgn secawan air)
3. Air daun pandan (di blend dahulu dan tapis, ambil air sahaja)
Masukkan tepung beras dan Air kapur
Gaul sebati dulu
Dan seterusnya masukkan air daun pandan sedikit demi sedikit sehingga doh tak melekat dekat tangan
Dan senang untuk di getel/bentukkan bulat
-----------
Langkah pertama gentel kulit tadi dna lenyek sehingga leper
Masukkan inti kacang dan bentukkan
Jangan biarkan intinya terkeluar yee
Sediakan air didihan atas dapur,
Masukkan doh yang telah di gentelkan bersama inti kacang
Tunggu sehingga doh itu timbul ke permukaan air (itu tandanya dah masak)
Dan boleh terus tapis dan masukkan ke dalam kuah yang telah disediakan tadi
Jeng jeng siappppp ‼️ Macam dalam gambar atas tu
Moga bermanfaat buat korang semua ❤️❤️
Comments
Post a Comment