RESEPI SAYUR LEMAK DERHAKA

ASSALAMUALAIKUM WBT & SALAM SEJAHTERA

Lately sis super busy, macam-macam kerja perlu settle. Ya ampun, busy yang amat tapi rutin memasak tetaplah perlu buat disebabkan perut minta isi hahaha Nak beli, tapi rasa macam masak sendiri lagi berbaloi. Boleh makan pagi, tengahari & malam, kan jimat banyak tu.


Zaman sekarang, semua barang mahal kan? Even nak beli barang dapur pun habis berpuluh ringgit, tapi sekurangnya boleh makan banyak kali, ye tak?


Okey harini, sis nak share resepi derhaka hahaha apesal nama dia derhaka? sebab masak pakai apa yang ada dalam peti ais je. Kalau mama sis tau ni, mahu bebel 10 bakul sebab tak ikut resepi asal. Katanya tak sedappppp


Tapi korang relax eh, walaupun resepi derhaka tetaplah sedap hahaha So nak tunggu apa lagi? Moh ler kita start.


BAHAN YANG PERLU: - 

- Ubi Keledek Kuning

- Sayur Kubis & Carrot

- Black Fungus (Kebetulan ada dalam peti ais, nak pakai cendawan pun boleh yer) 

- Tempe (Kalau ada tauhu pun best jugak) 

- Santan (Sis pakai Santan Kotak Ayam Brand jer) 

- Perasa Maggie, Gula & Garam

** Sediakan semua bahan ni sesiap dulu, baru start masak tau. 

 

 


1. Ubi Keledek Kuning

Firstly, korang kupas semua kulit ubi dulu, potong kecil supaya cepat masak. Lepas tu rebus je terus, pastikan lepas kupas kulit tu terus rendam dalam air yer, untuk elak ubi jadi lebam. 



2. Kubis & Carrot

Sayur ni je yang ada dalam peti ais hahaha so potong ikut suka korang jer, pastikan basuh betul-betul yer. Carrot tu tak perlu kupas pun takpe, just buang yang tak cantik tu hihi Bila Ubi Keledek tadi dah lembut elok, korang masukkan jer sayur ni terus.


3. Santan

Biasa saya guna Santan Kotak je, so masukkan jer secukupnya. Korang agak, kuah tu tak terlalu cair dan pekat, kira ngam elok kepekatan dia.  

 

4. Perasa Maggie (Perasa apa sahaja yang korang guna), Sedikit gula & Garam. 

 





5. Black Fungus & Tempe
Akhirnya bila dah siap dan masak elok semua, korang masukkan black fungus atau cendawan serta Tempe yang dipotong dadu sebesar ibu jari. Kalau tak suka, boleh skip jer tau



Akhirnya siap dan boleh tutup api sudaa hehe nampak biasa kan? tapi cuba dulu baru tahu, ni resepi tak perlu pakai ikan rebus. Versi Sayur Lemak Jimat Duit hahahaha Selamat Mencuba kawan-kawan semua

Semoga bermanfaat dan kenyang seisi keluarga

Comments