RESEPI NASI KERABU & TUMIS BUDU KELANTAN
by NurAimuni
Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera Sahabat Semua
Tengah pening kepala duk fikir nak masak apa ke tu?
Jom try buat Nasi Kerabu sendiri pulak, confirm puas hati dan bertambah makan
Nasi Kerabu ni antara favourite Suami Munie, kalau ada Pasar Malam kat area rumah nie.
Confirm takde benda lain dia beli, Nasi Kerabu laa tempat ditujunya.
So harini, Munie cuba share resepi Nasi Kerabu Tumis Budu Super Duper sedap Insya allah.
Senang je cuma perlukan masa sikit untuk siapkan, tapi kalau dah biasa buat tu, sekejap ajorr dah siap haaa.
Okey, Let's Start !!
**(Bajet untuk 3 orang makan)
Nasi Kerabu
Bahan-bahan yang diperlukan adalah
Beras 2 pot
2 Helai Daun Limau Purut
Sedikit Pewarna Biru @ Bunga Telang 3 Kuntum (Munie guna Pewarna lagi senang)
1. Basuh Beras dan sukat macam biasa
2. Masukkan Daun Limau Purut (buang tangkai tengah, ambil daun sahaja)
3. Masukkan 2 titik Pewarna (jangan terlebih nanti jadi nasi avatar hahaha)
kalau guna Bunga Telang, Basuh je dan ramas, terus masukkan dalam periuk.
4. Tanak dan Siapppp!!
Tumis Budu
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
3 Batang Serai / 4 batang kalau kecil
6 Biji Bawang Merah
6 Biji Lada Kering
1/2 Inci Halia
1/3 Cawan Santan (Munie guna santan Kotak)
Sedikit Budu
2 Keping Asam (Kalau Asam jenis cepat masam, so guna 1keping je dulu)
2 1/2 sb Gula Melaka (Munie guna Gula Melaka yang dah hancur)
1 sb Gula pasir
1/2 sb Garam
1/2 sb Secukup rasa
Minyak Masak
1. Rendam @ Rebus 6 Biji Lada Kering bagi lembut dulu
2. Hiris 1 Batang Serai dan
blend bersama Lada Kering yang dah lembut, 6 Biji Bawang Merah, 1/2 Inci Halia
3. Ketuk 2 Batang serai
4. Panaskan kuali, Masukkan Minyak Masak lebih sikit supaya tumis cepat pecah minyak.
5. Masukkan 2 Batang Serai yang telah diketuk tadi, bila dah naik bau barulah masukkan bahan yang dah di blend.
6. Bila masakan dah agak kering sedikit, masukkan 1 Asam Keping dulu untuk elak rasa masam berlebihan,
Masukkan juga Gula Melaka, Gula Pasir, Garam, Secukup rasa & Budu (boleh cuba masukkan sikit-sikit untuk tepati citarasa anda) Munie letak 3sb budu, kalau banyak nanti masin terlebih.
7. Biarkan sehingga pecah minyak dan rasa laa, kalau ngam dengan tekak anda. dah boleh tutup api. Siapp Tumis!!
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
1 Biji Kelapa Parut
2 Ekor Ikan Sardin/Selayang (Sederhana Besar)
4 Biji Cili Besar (Munie guna Cili Merah sebab yang Hijau takde hahaha)
10 Biji Bawang Merah
1/4 Biji Bawang Besar
1/2 Gelas Santan
2 sb Gula Melaka
2 sb Gula Pasir
1/2 sb Garam
Cara-Caranya :
1. Rebus kosong 2 Ekor Ikan Sardin dulu, lepas tu ambil
isinya sahaja.
2. Tumbuk 10 Bawang Merah & Isi Ikan.
Lepas tu asingkan sama banyak untuk
Sambal Kelapa & Solok Lado
3. Kelapa Parut pun bahagi 2 juga,
Masukkan terus ke mangkuk bahagian Solok Lado.
Separuh lagi tumbuk manja-manja je untuk Sambal Kelapa.
4. Belah dari atas sampai bawah Cili Besar tadi, buang biji sahaja dan cuci.
5. Untuk buat Solok Lado -
Kelapa Parut tadi campur dengan Bawang Merah dan isi ikan yang dah ditumbuk,
Masukkan sedikit Gula Pasir dan Garam,
Gaul Serata dan cuba rasa. Kalau dah cun, okey dah tu
6. Sumbat bahan yang dah digaul tadi ke dalam Cili Besar yang dah dibelah,
bagi dia gemok dan buncit sampai tahap terlondeh. hahaha tapi make sure tekan padat supaya tak terburai masa rebus nanti.
7. Siap gemukkan Cili tadi, susun dalam periuk elok-elok,
ambil 1/2 gelas Santan Kotak dan campur sedikit air.
Masukkan dalam periuk yang ada cili tadi, make sure Cili tenggelam separuh tau dan kene isi Kelapa tu, titik-titik sedikit bagi dia rasa santan sampai ke dalam Cili.
8. Then rebus sehingga air santan kering dannnn siappp !!
9. Untuk Sambal Kelapa pula, senang jee
Hiris Bawang Besar nipis dan sikit je sebagai perhiasan.
10. Korang sediakan kuali (yang nonstick lagi cun) masukkan
Isi Ikan, Bawang Merah yang ditumbuk lumat, Kelapa Parut yang ditumbuk manja, Gula Melaka, secubit Gula Pasir, dan secubit Garam.
Part nie tak perlukan minyak yeee, goreng kosong gitu jee.
Api perlahan dan make sure kacau nonstop sebab part nie cepat hangus.
11. Bila Kelapa dah start kuning manja-manja tu,
korang masukkan hirisan Bawang Besar tadi.
Tunggu sehingga dia betul-betul garing warna coklat macam dalam gambar dan dah boleh terus tutup api.
Kacau kejap bagi dia suam sikit, jangan terus tinggal yee.
Siappppppp !!






Comments
Post a Comment