ASSALAMUALAIKUM WBT & SALAM SEJAHTERA SEMUA
Ramai bertanya, macam mana cara nak pindahkan Caruman KWSP Akaun 2 kepada Akaun 3 sebelum tarikh tutup.
Dingatkan lagi sekali, pindahan Akaun 2 kepada Akaun 3 hanya boleh dibuat sekali sahaja yer. Bagi saya, ambilah peluang ini sebaik mungkin untuk kecemasan korang nanti. Walaupun taknak guna untuk masa sekarang, korang boleh biarkan sahaja di Akaun 3 dan ia juga boleh dikeluarkan bila-bila masa sahaja. Ini pendapatan saya, mungkin ada yang berbeza pendapatan kan? Maka, pilihan ditangan masing-masing
Untuk yang berminat nak pindahkan caruman tersebut, jom saya ajarkan. Senang sangat caranya, korang boleh guna handphone jer. Janji korang dah ada I-Akaun KWSP, kepada yang tiada lagi, korang perlulah Daftar dahulu. TARIKH AKHIR mohon pindahan adalah 31 OGOS 2024
1 - LOGIN I-AKAUN KWSP
Masuk LAMAN UTAMA
2 - Tekan KETAHUI LANJUT di bahagian paling atas Laman Utama. Pastikan paparan berkenaan AKAUN FLEKSIBEL
3 - Tekan SETERUSNYA
4 - Tekan SETERUSNYA
5 - Tekan PINDAH SEKARANG
6 - Tekan TERUSKAN
7 - Dekat Page nie, dia akan keluar Sebelum dan Selepas Pindahan dibuat. Dekat sini juga, akan tunjuk berapa RM yang akan dipindahkan dari Akaun 2 ke Akaun 3. Korang juga boleh tengok cara pengiraan caruman yang akan datang.
Tekan TERUSKAN.
8 - Dekat sini pula, dinyatakan berkenaan syarat-syarat dari pihak KWSP. Korang boleh baca dulu sebelum tekan TERIMA
9 - Jika korang nak pindahkan, boleh tekan YA
10 - Sedang diproses.
Akhirnya korang telah berjaya memohon untuk pindahan Caruman Akaun 2 ke Akaun 3.
Lepas tu, korang hanya perlu tunggu email atau semak peti masuk (Inbox) dalam KWSP Apps. Biasanya proses dalam masa 7 - 14hari.
11. Notifikasi dalam Inbox
Korang boleh semak notifikasi dekat PROFIL => INBOX
Hari yang sama, akan terima notifkasi Permohonan dalam Proses.
12. Setelah beberapa hari, korang akan terima Notifikasi Permohonan Diluluskan dan Amaun akan dipaparkan dalam Akaun 3.
SEMOGA BERMANFAAT UNTUK KORANG
Comments
Post a Comment