Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera



Harini sis nak share cara masak nasi sukat air guna jari sahaja. Lebih mudah, senang dan cepat hahaha
Ilmu ni sis belajar dari mama dan nenek. Ada orang ukur pakai cawan, ada guna ruas jari atau guna ukuran dekat periuk nasi tu, macam-macam laa
Tapi bagi sis, dalam banyak-banyak cara untuk sukat air ni. Sis lagi selesa guna cara yang dekat bawah. Rasa dah sebati dalam diri sejak zaman sekolah lagi, hahaha benda dah jadi habit, so agak susah nak ubah hihi
Maka, jangan la kita membuang masa. Ayuh kawan-kawan, sebarkan ilmu yang senang ni kat jiran tetangga dan kawan-kawan korang.
Sebagai rakyat yang menjaga kesihatan dan kebersihan diri. Maka haruslah kita menjaga kebersihan dalam memasak juga yer sahabat semua, ini amat penting untuk masa yang akan datang. hihi
Maka basuhlah beras sebaik mungkin dahulu, biasanya sis akan siram air dan ramas manja-manja sekejap, ulang sampai 3-4 kali.
Sehingga air jernih
Untuk orang Muslim, ketika cuci beras nie korang boleh selawat dan niatlah yang baik-baik
Kemudian, celup jari comel korang untuk ukur ketinggian beras.
Tak kisahlah jari korang runcing ke, montot ke, bulat atau gebus ke, sama sahaja yer, semua comel. Yang penting bersih hehehe
Kemudian, ukur ketinggian air dan bandingkan dengan ketinggian beras tadi. Pastikan ukurannya sama tinggi tapi..........
Kalau korang guna beras tempatan, pastikan air sama tinggi yer.
Ketinggian beras = Ketinggian air
Nisbah 1:1
Sebab, beras tempatan agak lembik so sukatan air memang kena jaga. Tapi, kalau awak jenis yang suka makan nasi lembik-lembik, its okey. Korang teruskan sahaja yer, jangan rasa bersalah. Lain orang, lain seleranya, gituuuuu. Tapi kena ingat, jangan terlebih air sudah, nanti jadi nasi impit pula hahaha
Kalau korang guna beras Thailand macam sis, air wajib lebih sedikit sebab beras nie agak keras. Nanti nasi tak cukup masak.
Nisbah 1:1⅓ atau boleh buat 1:1½
SELAMAT MENCUBA & SELAMAT BERAMAL SAHABAT SEMUA.
Semoga bermanfaat
Makan hasil air tangan sendiri lagi sedap nikmatnya, dari makan hasil air tangan kedai hihi Lagi Jimat, Lagi penuh Kasih Sayang.
Comments
Post a Comment