ASSALAMUALAIKUM WBT & SALAM SEJAHTERA
Hari ni saya nak kongsikan resepi Kerutuk Daging Kelate Simple dari Mak Mertua yang saya tambah tolak sikit hahaha. Menu ni memang suami saya paling suka sangat.
Bahan pun senang, guna apa yang ada dekat rumah jer. Bahan tak perlu nak rumit bagai, tapi korang boleh adjust balik ikut selera memasing yer.
Saya ni memang jenis suka masak menu simple dan senang sahaja. Biasalah, saya ni orang tak berduit sangat, makanya bahan-bahan pun beli yang basic. Mana taknya, sekarang ni beli barang basah untuk seminggu pun mau RM 100 juga habis lebih kurang.
Jom saya kongsikan bahan-bahan dan cara saya yer. Masakan yang ni bajet untuk 3-4 orang makan yer
Bahan-bahan:
Bawang Merah 5-6 ulas (Saiz Sederhana)
Bawang Putih 1 ulas (Saiz sederhana)
Halia 1 inci
Daging
Rempah Kerutuk 1 paket @ 2.5 sb
Segelas Air
Santan
Secukup Rasa 2 sb
Gula Melaka 1/3 keret @ 1.5 sb yang jenis hancur
Gula Pasir 1/2
Garam 1/2 sk
Asam 1 keping
Ubi Kentang & Cili
1. Hiris nipis-nipis Bawang Merah, Putih dan Halia macam dalam gambar.
2. Hiris daging besar tapi nipis sahaja supaya cepat empuk. Pastikan hiris melintang urat yer, kalau tak nanti daging tak empuk elok. Cara nak tahu urat daging, boleh rujuk post saya sebelah. Saya ada kongsikan disana.
3. Bancuh dan kacau Rempah Kerutuk sesiap dalam mangkuk asing.
4. Panaskan minyak, pastikan minyak banyak sedikit supaya kerutuk kita pecah minyak elok. Kalau minyak sikit, tak menjadi nanti.
5. Bila minyak dah panas elok, Masukkan Hirisan Bawang Merah, Putih dan Halia.
Tumis sehingga naik bau dan sedikit keperangan.
6. Kemudian masukkan bancuhan Rempah Kerutuk tadi, kacau sekejap bagi pecah minyak sikit.
Untuk pastikan pecah minyak elok, pastikan ketika kacau tu rempah tak melekat di kuali kita. Kiranya kita tolak pakai senduk, ia licin elok.
7. Kemudian dah boleh masukkan daging, tambah sedikit air. Elak dari hangit, pastika api perlahan sahaja dan tutup dengan penutup kuali. Supaya daging lagi cepat masak.
Biarkan seketika,
8. Apabila air dah kering dan korang boleh ulang tambah air lagi. Kemudian masukkan Gula Melaka, Gula Pasir, Secukup Rasa, Sedikit Garam dan Asam Keping. Jika korang guna Asam Keping yang jenis cepat masam, korang kena monitor yer. Bila dah cukup rasa masam sedikit, boleh angkat dan buang.
Ulang tambah air, sehingga daging hampir empuk. korang masukkan Santan dan kacau yer. Jangan berhenti sehingga menggelegak agak lama. Cara ni untuk elak santan jadi berketul, kalau tak nanti orang tua kata cepat basi.
9. Akhir sekali, korang masukkan Ubi Kentang dan Cili. Tunggu sehingga ubi dan daging empuk, dah boleh patahkan guna senduk, kiranya masak lerr tu. haha
Masa ni, korang kena rasa lagi sekali sebab Ubi Kentang serap segala rasa dalam masakan, kemungkinan akan rasa sedikit tawar. Korang boleh adjust dan rasa balik yer.
Sekian siap. Senang dan mudah hahaha beberapa bahan sahaja diperlukan untuk masak.
SEMOGA BERMANFAAT DAN KENYANG SEISI KELUARGA
Comments
Post a Comment